CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 20 October 2012

Tempat-tempat Menarik Sekitar Bandaraya Melaka



 
·           Jonker Walk
·   Kampung Hulu Mosque
·   Kampung Morten
·   Melaka Chief Minister Gallery
·   Melaka Duck Tours
·   Melaka Sentral
·   Melaka Straits Mosque
·   Melaka Sultanate Watermill
·   Menara Taming Sari
·   Middlesburg
·   Panorama Bus
·   Porta De Santiago
·   Portugese Settlement
·   Private Hospital
·   Proclaimation of Independence Memorial
·   Melaka River Cruise
·   Melaka River Pirate Park
·   Rumahku Muziumku
·   Sri Poyyatta Vinayagar Moorthi Temple
·   The Stadhuys Complex
·   St Francis Xavier's Church
·   Sunset Cruise
·   Trishaw Ride
·   Melaka Tropical Fruit Farm





Porta De Santiago

Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil alih pada 1641, mereka memulihara dan mengembangkan pengubuan tersebut. Di atas pintu gerbang, kita dapat melihat lambang VOC( Syarikat Hindia Timur Belanda) dan “1670” yang ditambah oleh orang Belanda pada tahun tersebut.




Kincir Air Kesultanan Melaka

Kincir Air Kesultanan Melaka dibina pada akhir 2007 dan siap pada Mac 2008. Ia telah mencipta rekod sebagai kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia. Strukturnya adalah berasaskan teknologi Islam yang boleh didapati di Syria dan juga Lijiang, China.

Terletak berhampiran dengan tebing Sungai Melaka, anda boleh mengalami pemandangan mercu tanda Melaka yang baru ini sambil menikmati hidangan lazat.



Makam Hang Jebat

Hang Jebat merupakan pendekar kedua paling mahir dan masyhur di kalangan lima pahlawan selain Hang Tuah. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan demi maruah yang berlangsung tiga hari tiga malam. Dia mengamuk setelah menderita dari luka parah disebabkan keris Taming Sari kepunyaan Hang Tuah. Makamnya terletak di Bandar lama Melaka di Jalan Hang Jebat berdekatan dengan Jonker Street. Usia sebenar kubur itu tidak dapat dikenal pasti tetapi rekabentuk Acheh kubur tersebut menunjukkan bahawa Jebat diberi pengembumian seorang pahlawan walaupun amukannya yang berbahaya dan kematiannya yang mengaibkan di istana itu.




Istana Kesultanan Melaka

Sebuah replika Istana lama Kesultanan Melaka, muzium ini
menggambarkan kisah menarik campuran unik pelbagai budaya
di Melaka. Ia mempamerkan kebudayaan dan tamadun Melayu
sejak abad ke-15. Terletak di kaki Bukit St. Paul, ia adalah
satu-satunya Istana Melayu dari zaman kegemilangan Kesultanan
Melaka yang dibina dengan ketelitian dan kehalusan yang sebegini.




Middlesburg

Kubu binaan Portugis antara tahun 1512 sehingga 1550 sehinggalah Belanda kemudiannya menambah struktur yang dinamakan “Middleburg” sekitar akhir 1660 sehingga 1670. Sebatang paip pembetungan yang bertarikh 1895 turut dijumpai. Jabatan Warisan akan mengosongkan dan mendedahkan bahagian selatan asas dinding kubu tersebut dan enam bentengnya sebelum menggunakan batu laterit dari Pulau Upeh Melaka untuk membina semula kubu tersebut. Jabatan berkenaan juga akan memelihara dan memulihara 23 struktur bersejarah dalam lingkungan kubu itu.



Penempatan Portugis

Merujuk kepada perhubungan yang erat dengan Portugal, tempat ini dikenali sebagai Lisbon Mini. Terletak di dalam Penempatan Portugis, dataran ini merupakan pentas pertunjukan kebudayaan Portugis yang berwarna-warni dan menakjubkan semasa perayaan dan sambutan. Komuniti Portugis di sini bertutur bahasa Cristao, dialek Portugis dari abad 16 dan 17. Tempat ini begitu terkenal dengan restorannya, di mana hidangan makanan laut pedas dihidangkan dan persembahan kebudayaannya di mana penarinya memakai pakaian tradisional.



Kompleks Stadhuys

Stadhuys merupakan peninggalan bersejarah yang tersergam dari era Belanda di Melaka, iaitu dewan Bandar dan kediaman gabenor yang besar dan merah yang dibina sekitar 1641 hingga 1660 dan dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur. Ia mempamerkan ciri-ciri lazim seni bina penjajah Belanda. Bangunan ini merangkumi:

-    Muzium Sejarah dan Etnografi
-    Galeri Laksamana Cheng Ho
-    Muzium Kesusasteraan
-    Muzium Peraturan Demokrasi
-    Muzium Gabenor




Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan

Bersebelahan dengan Porta De Santiago ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dibuat oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan. Bangunan memorial ini menempatkan bahan pameran yang tidak ternilai tentang perjuangan kemerdekaan negara ini. Bahan pameran adalah dalam bentuk relik, manuskrip, pita video, filem dan slaid.



Melaka Duck Tours

Objektif Melaka Duck Tours ialah menarik pelancong untuk mengalami dan menyaksikan keindahan Melaka di darat dan laut dengan melawat bandaraya ini menggunakan kenderaan dua alam.



Sunset Cruise

Sunset Cruise – Nikmati pemandangan matahari turun di ufuk melalui jeti pelaut ini dengan belayar ke Pulau Upeh yang merupakan pusat perlindungan penyu karah dan asal-usul kepada upacara pengkebumian, Muara Sungai Melaka di mana armada Cheng Ho pernah berlabuh dan melawat Masjid Selat, satu-satunya masjid terapung di Melaka. Kembali ke jeti laut melalui pemandangan pesisiran dan nikmati hidangan makan malam di restoran jeti pelaut.

Nite Cruise – Lihatlah pemandangan pesisiran dengan ribuan cahaya dari jeti pelaut sepanjang sungai Melaka diiringi jutaan bintang ke muara sungai & masjid terapung. Berehat sambil menikmati makanan di jeti pelaut.
Island Hopping – Pengembaraan bermula dari jeti pelaut kami  ke rumah api Pulau Undan melepasi Pulau Besar yang terkenal melalui pulau-pulau lain di sekitar Selat Melaka ke kawasan pesisiran dengan makan tengahari yang disediakan.


Menaiki Beca

Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di bangunan  Stadthuys




Melaka River Cruise (Kembara Sungai Melaka)

Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur’.

Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.

Harga tiket: RM10.00/RM5.00
Waktu operasi: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari



Pulau Besar

Pada puncak tertinggi pulau ini terdapat satu bongkah batu besar yang terbelah di bahagian tengah. Ia dinamakan “Batu Belah” dan merupakan destinasi kegemaran untuk penziarah tempatan. Pulau ini dianggap suci oleh penduduk tempatan. Pengunjung dinasihatkan untuk menahan diri daripada memakan daging khinzir pada malam sebelum lawatan dan sepanjang masa mereka berada di sana. Mereka juga mestilah berkelakuan terbaik semasa di pulau itu. Pelawat boleh menaiki motobot di Pernu, Umbai untuk melawat pulau ini.




Melaka River Pirate Park

Salah satu tarikan terbaru yang boleh dilihat sepanjang Sungai Melaka ialah sebuah taman tema air bernama Melaka River Pirate Park. Tiga tarikan di sini ialah Ferris Wheel yang sekarang terkenal dengan nama Eye On Melaka, Pirate Ship dan Tramboline Bungee. Tarikan terbaru Melaka kini lebih terkenal di kalangan pelancong dan keluarga.



Zoo Melaka  & Night Zoo

Zoo seluas 54 ekar di Ayer Keroh ini mempunyai lebih daripada 200 spesis berbeza yang berjumlah 1,200 binatang. Ditubuhkan pada 1963, zoo ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dengan menjadi zoo pertama di rantau ini yang mempamerkan Badak Sumbu Sumatra Gaur yang nadir dan terancam.

Zoo: 9.00 pagi - 6.00 petang

Night Zoo (Malam) : 8.00pm -ll.OOpm (Jumaat & Sabtu)


MASJID SELAT MELAKA


 
A'FAMOSA RESORT
 
 
 
 
 
 
 
 
Kawasan-kawasan di sekitar hotel di A'famosa Resort
 
 
 
A'FAMOSA WATER WORLD
 
 

 
 
 
 
 


0 comments:

Post a Comment